PENGENALAN AL-QIRAAT AS-SAB‘IE
1. Al-Qiraat berasal daripada kalimah قََِرَاءَةً، يَقرَأُ، قََََرَأَ bermaksud wajah-wajah atau cara-
cara bacaan.
2. Dari segi istilah Ilmu Qiraat ialah:
i. Cara-cara atau wajah-wajah bacaan yang dinisbahkan kepada imam-imam qiraat.
ii. Wajah-wajah bacaan tertentu yang terdapat pada kalimah-kalimah tertentu yang berhubung sanadnya terus kepada Rasulullah SAW.
RUKUN BACAAN QIRAAT YANG SAHIH
1. Bacaan tersebut mestilah menepati kaedah Bahasa Arab di dalam salah satu bentuknya, samada yang fasih ataupun yang lebih fasih.
2. Mestilah menepati tulisan salah satu mushaf ‘Uthmani.
3. Diterima secara mutawatir sejak daripada Rasulullah S.A.W.
KATEGORI QIRAAT
1. Qiraat Mutawatirah : iaitu yang disampaikan oleh sekelompok manusia mulai dari awal sanad hingga akhirnya, yang tidak mungkin bersepakat untuk membuat dusta.
2. Qiraat Masyhurah : iaitu yang memiliki sanad yang sahih, tetapi tidak sampai kepada tahap mutawatir, sesuai dengan kaedah Bahasa Arab dan tulisan mushaf ‘Uthmani. Ia masyhur di kalangan para qurra’.
3. Qiraat Ahadiyyah : iaitu yang memiliki sanad yang sahih, tetapi menyalahi tulisan mushaf ‘Uthmani dan kaedah Bahasa Arab. Ia tidak masyhur.
4. Qiraat Syazzah : iaitu yang tidak mutawatir atau menyalahi rasm ‘Uthmani atau tiada sumber dalam Bahasa Arab.
No comments:
Post a Comment